Search This Blog

Friday, September 16

Proses Pembelajaran Berkesan

Seringkali kita merungut, sukar untuk menumpukan perhatian ketika sesi pembelajaran atau kuliah...Jadinya, disini kita akan ketahui bagaimana untuk belajar menumpukan konsentrasi dan mudah untuk mengingati....

dalam banyak2 isu,sy tertarik utk ketahui lbih dekat mengenai meditasi, solat dan kaitannya dengan konsentrasi.. pernah suatu hari,sy berfikir bahawa untuk menjadi org yang berjaya, konsentrasi adalah salah satu elemen yg terpenting sekali.Konsentrasi hendaklah dipupuk melalui aspek2 rohani dan kejiwaan.Contohnya seperti aktiviti bermeditasi, dimana aktiviti ini dilakukan bagi menumpukan kepada alam untuk menenangkan jiwa.Dan bagi umat Islam, melakukan solat adalah satu proses meditasi dimana pemikiran ditumpukan sepenuhnya dengan mengingati Allah, tuhan semesta alam.Pada masa tersebut,hati dan akal hanya tertumpu pada tuhan dan hasilnya akan memberi ketenangan jiwa. Pastinya anda pernah mendengar istilah, "mendekati tuhan dapat memberi ketenangan dalam jiwa".. Justeru, aktiviti kerohanian dan kejiwaan ini begitu penting sekali bagi meningkatkan prestasi diri seseorang. Bukan sahaja untuk keduniaan, bahkan membawa ke akhirat.

Begitu juga dengan proses untuk mengingat..konsentrasi sahaja belum mencukupi. Sumber makanan juga merupakan aspek terpenting dalam proses mengingat..umat Islam diwajibkan untuk tidak mengambil sumber makanan yang haram. Hikmahnya adalah untuk menjaga kewarasan akal dan hati yang bersih. Justeru, makanan yang diambil akan menjadi darah daging dan ia berkaitan dengan hati.. baik buruk seseorang turut bergantung pada apa yang dimakan. Bagi umat Islam, memakan kismis dapat menambahkan daya ingatan..begitu juga dengan makanan2 lain seperti kekacang dan lain2.. Selain itu, dengan menghafaz Al-Quran mampu meningkatkan IQ seseorang.. Jadi tiada salahnya meluangkan sedikit waktu untuk menghafaz dan memahami isi kandungan Al- Quran dengan lebih mendalam. Tiada kerugian dalam melakukan kebaikan.. bukan sekadar ganjaran diraih, bahkan kesannya dalam diri amat mendalam dan mampu menjadikan seseorang berpotensi tinggi dan dapat mencapai kejayaan yang maximum dalam kehidupan..

Konklusinya,

1. solat dengan sesempurna yang boleh..jaga adab, rukun dan tertib..
2. ambil masa untuk menenangkan diri..bermeditasi dengan cara bercuti atau pergi ke tempat2
yang mampu memberi ketenangan seperti tepi laut, beriktikaf di masjid dll..
3. jaga pemakanan..pastikan dari sumber yang halal.wang yang halal... makan kismis, badam
dll.
4. menghafaz Al-Quran dan memahami maksudnya...


Sekian,segala kelebihan datang dariNya, segala kekurangan datang dari diri saya. Sekiranya terdapat silap dan salah dalam berbicara.Mohon maaf zahir batin la yee... hanya sekadar bingkisan untuk memotivasikan diri.. "buang yang keruh,ambil yang jernih".... ;)

No comments:

Post a Comment